June 25, 2011

Tiada akhirnya

 BAB  2

“Mia!” kedengaran namanya dia panggil sebaik sahaja Mia Amani meletakkan keretanya di tempat yang telah disediakan oleh pihak university. Dari jauh kelihatan Mira dan Lin melambaikan tangan mereka dan sedang menuju ke arah Mia Amani.

“Morning you guys,” sapa Mia Amani sambil menbalas senyuman teman-teman rapatnya itu. Mia Amani sempat menjenguk ke arah belakang Mira dan Lin seperti mencari sesuatu.

“Mana Harith dengan Daus? Bukan korang selalu bersama ke pagi-pagi ni?”soal Mia Amani kepada teman-temannya itu.

“Dorang dah sampai dah. Tapi tak tahu lah dorang ke mana. Tiba-tiba je hilang, macam biskut.” jelas Mira kepada Mia Amani dengan senyuman tidak bersalahnya. Mia, Mira, Lin, Firdaus dan Harith berkenalan semasa minggu pertama orentasi dan persahabatan mereka berkekalan sehingga ke hari ini.

“Oii mengata orang ke,”sergah Harith dan Firdaus. Mereka yang muncul dari sudut mana tiba-tiba bersuara, memeranjatkan teman-teman yang lain. Lin dan Mira hanya tersengih mendengar kata-kata Harith dan Firdaus itu. mereka tidak mengambil hati walau sedikit pun kata-kata mereka kerana mereka tahu Harith dan Firdaus hanya bergurau.

Mereka berlima berjalan sambil bergurau dan berbual sesama sendiri sehingga tiba di bilik kuliah. Mereka mengambil tempat sebaris dibahagian tengah. Rakan kelas mereka yang lain mula menyertai mereka berbual sambil mengulangkaji tajuk pengajian mereka pada kuliah yang lepas. Suasana bilik kuliah tersebut menjadi sunyi apabila pensyarah meraka masuk dan memulakan pengajaran.

Satu jam setengah berlalu dan pensyarah mereka pun berlalu keluar selepas meninggalkan kerja untuk mereka selesaikan. Suasana bilik kuliah menjadi hinggar kembali apabila masing-masing sibuk bercakap. Dari jauh Akmal Hakimi memerhatikan gadis yang diminatinya dalam diam. Tetapi oleh kerana pendirian dirinya dan, dia hanya memendamkan sahaja perasaan itu. Akmal Hakimi mengagumi gadis itu kerana gadis itu seorang yang bijak membawa diri sendiri. Gaya gadis itu tidak pernah kekok dan salah pada pandangan matanya, bukan kerana dia menyukai gadis itu sehingga dia membuat kesimpulan itu, tetapi kenyataan itu memang diakui oleh rakan-rakan kelas yang lain.

“Mal, kafe jum,” Lukman yang duduk di sebelah Akmal Hakimi menyiku lengannya lantas berterabur pandangan mata Akmal Hakimi dari gadis idamannya.

“Kalau kau dah suka kenapa tak approach? Dah 2 tahun kau suka diakan,” tambah Lukman yang sempat mencuri pandang kearah gadis itu sebelum menegur temannya. Kenyataan itu membuatkan Akmal Hakimi tersentak dan memandang Lukman dengan tanda tanya.

“Apa-apa jela kau ni Man. Kata lapar, jum la,” Akmal Hakimi sedikit gelabah apabila di sergah begitu.
“Macam la aku baru kenal kau 2, 3 hari Mal, dari sekolah menengah lagi aku kenal kau. Aku tahu siapa yang kau pandang tu. Mia kan?”

“Dah la Man, aku tak nak cakap soal hati dan perasaan ni sekarang. Kau tahu kan aku macam mana.” Akmal Hakimi sudah bangun dari kerusinya lantas menyandang begnya lalu bercekak pingang memandang Lukman yang belum bangkit dari kerusinya lagi. Lukman kelihatan sedang memandang Mia Amani dengan khyusuknya. Memerhati gelagat dan lenggok Mia Amani.

“Oii. Sudah-sudah la tu kau pandang dia. Nanti dia perasan lak.” Tegur Akmal Hakimi.

“Jangan la jelous dude. Aku tgk je. Tp tu lah siapa pun akan terpikat bila tengok Mia tu. Dia tu lincah dalam kelembutan dan mempunyai keayuan yang tersendirikan,” ulas Lukman sambil menyaingi teman baiknya itu keluar dari bilik kuliah tersebut. Akmal Hakimi hanya tersenyum mendengar kata-kata Lukman itu. Mia Amani mempunyai personality yang tersendiri yang membuatkan dirinya disenangi dan disukai ramai orang.
…..
Mia Amani dan rakan-rakan nya sedang menuju ke arah kafeteria kampus mereka beriringan. Firdaus yang semamangnya nakal itu sedang mengusik Mira. Diselangi dengan suara Mira memarahi Firdaus. Mia Amani, Harith dan Lin hanya memerhatikan sahaja dan kadang kala turut serta menyakat Mira. Begitu lah hubungan mereka berlima. Rapat.

“Mia kau pun join si Daus ni kenakan aku ke?” Mira memohon simpati daripada Mia Amani untuk membantu dirinya dari di usik oleh Firdaus.

“Ala Mira, Daus tu kan usik-usik sayang tu. Bila lagi dia nak manja-manja dengan buah hati dia yang sorang ni. Bagi la peluang ye cik Mira sayang.” Mia Amani mengusik temannya itu. Mereka sedia maklum Firdaus menyukai Mira dari mula perkenalan mereka lagi. Mira juga sedia maklum akan hal itu, tetapi mereka meletakkan syarat untuk tidak menjalin hubungan lebih dari seorang kawan sementara mereka masih belajar.

“Betul tu sayang. Jangan lah marah dengan I. U ni tak romantik la. Macam mana la I boleh suka dekat U ni.” Lukman masih lagi mengusik Mira. Mira sudah menarik muka masam apabila diusik sebegitu rupa oleh Lukman. Mia Amani, Lin dan Harith hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Lukman itu.

“Sudah-sudah la tu Man. Kecian lak aku tengok muka buah hati kau ni. Dah macam tertelan jeruk satu balang dah ni. Kau ni pun berpada-pada lah usik Mira kalau ye pun. Kitaorang tahu dan sedia maklum dah perasaan kau kat dia. Mira pun dah tau. Dah approve pun, tunggu habis belajar je nanti korang kapel aku tak tahu la pe yang akan jadi,” Harith yang sudah tidak tahan melihat wajah masam Mira menegur Firdaus. Firdaus hanya tersengih-sengih mendengar kata-kata temannya itu.

“Korang semua dah tahu ke?”soal Firdaus menampak kan giginya yang putih dan tersusun cantik itu.

“Kau ingat kitorang ni duduk dalam gua ke yang tak tahu isu terkini hiburan sensasi ni?” Lin mencelah sambil tangannya memukul lengan Lukman.

“Yes encik Lukman sayang Mira. Kitaorang semua dah tahu dah. Bukan rahsia lagi tau.” Mia Amani mengiakan kata-kata temannya.

“Oooo korang dah tahu la ye. Malu nye aku.” Tangan nya ditekupkan ke muka sambil kepala digeleng-gelengkan.

“Oii kalau ye pn jangan la wat lagak gedik kat sini. Nyampah lak aku tengok.” Mia Amani menampar bahu Firdaus. Kawan-kawan mereka yang lain turut tertawa melihat gelagat Firdaus, muka Mira sudah bertukar merah. Dengan kulit yang agak cerah warna kemerahan itu jelas kelihatan.

“Korang ni semua tak baik tau. Tak nak kawan karang baru tau.” Mira menyampuk dalam kemeriahan itu.

“Aku merajuk ni!”

“Ala Mira ku sayang, intan payung, bunga seroja, timah sekilo, jangan la merajuk dengan kitaorang. Kitorang gurau jela.” Kata-kata pujukan Harith masih berbaur usikan. Mira menarik muncung yang panjang. Semakin galak Firdaus, Lin, Harith dan Mia ketawa melihat telatah Mira itu.

“Weh dah la tu usik aku. Kang aku fire kang baru tau.” Mira bersuara mempertahankan dirinya. Tidak sangup lagi menahan usikan rakan-rakannya itu. Makin dibiarkan makin asyik mereka mengusik.

“Kau nak fire kitaorang guna apa? Kau ingat kau tu otomen yang leh fire- fire orang?” usik Harith sambil mengambil tempat duduk di meja yang kelihatan kosong. Waktu-waktu begini, kafeteria mula dipenuhi oleh orang ramai. Ayat Harith membuatkan lima sekawan itu turut meyumbangkan kebingitan dikafeteria tersebut.

2 comments:

  1. Hmm,nak bg komen boleyh.sbg penggemar novel,sy rase awk ptot perbaiki dr aspek2 berikut:
    1)masukkan sket unsur2 humor
    2)struktur ayat pn kasi kaw2 sket..
    tu je komen wat mase ni..ape2 pun teruskan tulis novel...:)

    ReplyDelete
  2. terimas dear..
    baru berjinak-jinak menulis ni..
    terima kasih coz sudi komen ye..
    n maaf lmbt update bab baru.
    sibuk sikit lately ni.. :)

    ReplyDelete