June 24, 2011

Tiada akhirnya


BAB  1

Mia Amani melontarkan pandangannya ke luar jendela. Hujan yang turun ke bumi malam tadi menjadikan suasana pagi menjadi nyaman dan indah. Kedengaran kicauan burung keriangan menjemput kedatangan mentari yang baru. Mia Amani lantas bersiap dan menuruni anak tangga rumah banglo yang di diaminya. Hari ini penampilannya ringkas, sekadar berbaju kurung kapas berbunga biru muda berlatarkan putih disertakan dengan tudung yang sedondon dengan bunga baju kurungnya.

“Morning papa, morning mama,” sapa Mia Amani takala melihat papa dan mamanya dimeja makan. Dia lantas duduk bersama orang tuanya.

“Ayang balik lewat ke hari ni?” datin Hayati bertanya kepada anak bongsunya itu. Ayang adalah nama panggilan Mia Amani di kalangan ahli keluarga sejak kecil lagi.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Anak sulung mereka Mohd Farikh Amirul, kini berada diluar negara atas urusan syarikat mereka. Mohd Farid Amar, anak kedua mereka sudah ke pejabat awal pagi lagi kerana ada mesyuarat penting akan di hadirinya, dan dia perlu meneliti beberapa dokumen yang akan digunakan sebentar lagi, dan anak ketiga mereka Mohd Farhan Akmal kini sedang menuntut di luar negara dan berada di tahun akhirnya. Mia Amani pula menyambung pelajarannya dia dalam negara sahaja.

Bukan Dato’ Farouk dan datin Hayati tidak membenarkan Mia Amani menyambung pelajaran ke luar negara, sudah berkali-kali mereka menyuruhnya tetapi Mia Amani tetap berkeras untuk menyambung pelajarannya di universiti tempatan sahaja dengan alasan abang-abangnya sudah cukup sibuk untuk meluangkan masa mereka di rumah.

“Tak sure lagi lah mama. Sebab Mira dengan Lin cakap nak buat pembincangan pasal assignment yang prof. bagi hari tu, kenapa ma?” tanya Mia Amani kepada mamanya sambil menyuap roti yang telah disapu jem itu.

“Ayang jangan balik lambat ye. Nanti mama tinggal sorang pulak kat rumah ni,” nyata datin Hayati.

“Kenapa pulak ma? Papa dengan abang Farid balik lambat ke?,” Tanya Mia Amani sambil matanya memandang papa dan mam nya silih berganti.

“Papa busy sikit dengan abang Farid hari ni. Nak jumpa client malam nanti.” jelas dato’ Farouk.

Mia Amani hanya mengangguk sahaja tanda memahami maksud dato’ Farouk itu. Sejak akhir-akhir ini mereka agak sibuk dengan kerja pejabat mereka. Menurut dato’ Farouk, ada tender besar yang sedang mereka sedang uruskan.

“Tengok dulu ya ma, kalau ayang dapat balik awal, ayang balik awal teman mama, kalau tak kena lah mak Yam temankan mama sekejap ye mama,” Mia Amani hanya memandang mamanya dengan wajah mengharap mama nya faham akan situasi nya kini. Mia Amani sedang membuat ijazah muda di dalam bidang senireka dan kini berada di tahun keduanya.

“Kalau ayang sibuk tak pe lah, mak Yam ada, tu pokok orkid mama tu pun ada.”nyata datin Hayati kepada anak bongsunya itu.

“Emm ayang akan cuba balik awal jugak ye ma. Kecian lak mama tinggal sorang-sorang. Papa ni cuba la balik awal sikit, kecian mama. Eh, papa, kita dah lama tak bercutikan. Bila kita nak pergi bercuti?” bercuti adalah rutin yang selalu meraka lakukan bersama-sama takala keluarga dato’ Farouk mempunyai waktu lapang.

“Papa ingat masa ayang cuti semesta nanti kita pergi lah ye. Masa tu pun hal tender ni dah selesai. Kecian mama ayang ni tak berjalan-jalan. Itu la saya bagi awak kebenaran keluar kalau saya sibuk awak tak nak. Nak cakap awak tak boleh drive, ada dah lesen.” Dato’ Farouk memandang isteri yang dikahwini nya 26 tahun lalu.

“Awak ni, saya pulak yang kena. Bukan saya tak nak bawak kereta tu, tapi xseronok la keluar sorang-sorang.”datin Hayati menarik muncungnya tanda merajuk dengan suami nya. Dato’ Farouk hanya ketawa melihat gelagat isterinya. Rumah banglo itu tidak terasa sunyi walaupun hanya tinggal mereka bertiga sahaja.

Mia Amani hanya melihat ke dua orang tuanya yang mesra itu sambil tersenyum. Bangga walaupun diusia perkhawinan meraka sudah mencecah 29 tahun tetapi kemesraan tetap jelas kelihatan.

“Eh papa, mama ayang dah lambat ni. Ayang ada kelas pagi ni, mintak diri dulu ye papa, mama,” ujar Mia Amani sambil menyalami kedua orang tuanya itu, lantas menuju ke arah pintu. Mia Amani menuju ke arah kereta myvi putihnya yang dihadiahkan oleh papanya takala Mia Amani mencecah umur 21 tahun.

No comments:

Post a Comment