August 22, 2011

Tiada Akhirnya 6

6
Suasana riuh dengan pelajar-pelajar membanjiri dewan yang terletak di fakulti Seni bina malam seminggu selepas tamatnya peperiksaan akhir mereka.. Malam itu malam taklimat program yang disertai Mia Amani bersama Lin dan Harith. Mira dan Firdaus tidak ikut sekali kerana masing-masing terpaksa pulang ke kampung halaman setelah tamatnya peperiksaan mereka.
Masih teringat lagi muncung panjang Mira apabila tidak dapat menyertai program tersebut. Program mendaki gunung dan bina semangat yang dianjurkan oleh pihak fakulti Seni Bina itu memang digemari Mira dan Firdaus.
“Entah-entah ada orang masuk meminang kau tak Mira, tu yang mak kau suruh balik awal tu.” Sakat Lin sewaktu Mira menyatakan bahawa dirinya di suruh pulang oleh mak dan ayahnya sebaik habis kertas terakhir peperiksaan akhir semesta itu.
Mira yang mendengar terjerit dia mahu. Mia sudah ketawa melihat aksi teman-teman baiknya itu.
“Sayang, kalau ada orang masuk meminang you, you tolak tau. Hanya I sorang je yang boleh kahwin dengan you tau.” Kata-kata tersebut disertai ketawa sebaik Firdaus mengabiskan ayatnya.
“I sendiri tak tahu kenapa lah. You je yang fikir bukan-bukan.”sangkal Mira.
“You, kalau betul orang tua you nak tunangkan you kan, you buat-buat lah juling ke gila ke bila bakal mak mentua you nak sarungkan cincin kat jari you tu ok.”
“Ish tak nak I. Buat malu my parents je nanti tau. Nanti apa-apa I bagitahu kat you la. Don’t worry be happy ea my dear.” Mira meyakinkan Firdaus.
“Tah kau ni Daus, takkan lah Mira ni nak kena tunang. Kalau ye pun, mesti parent dia dah bagitahu awal-awal.” Mia menenangkan hati Firdaus.
“Dah jangan fikir yang bukan-bukan.”Lin yang menemani Mia menghantar Mira dan Firdaus ke Terminal bas sepadu risau melihat Firdaus yang risau akan kehilangan Mira.
“Aku bukan apa, takut Mira jadi milik orang lain. Korang pun tahu kan yang aku sayang sangat kat Mira ni walaupun dia ni seperti ketam batu.” Sengihan menghiasi wajah Firdaus.
“Tengok aku baru cakap, dah kena cubit. Tapi kerana sayang, aku sanggup terima apa saja.” Firdaus yang tidak pernah kering dengan idea-idea untuk menyakat teman-teman mentakat buah hatinya.
“Dah lah tu Mira, si Daus ni saja je nyakat kau. Tengok muka dah tahu.”Lin malas mahu melayan perangai gila Firdaus.
“Eh ok la geng, aku naik bas dulu. Kang tak pasal-pasal kena tinggal kang. Nanya aku.” Mira menyalam dan memeluk Mia dan Lin. Sempat mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar ke terminal bas tersebut.
Firdaus senpat mengusik Mira sebelum gadis itu bergerak menaiki bas pulang ke kampung halamannya. Selang beberapa minit bas Mira bergerak, bas yang dinaiki Firdaus pun tiba. Dia lantas menaiki bas tersebut sambil melambai-lambai tangan ke arah Mia dan Lin. Sempat dia beraksi mengelap air mata kononnya sedih berpisah dengan kawan-kawannya itu.
Lagaknya mencuit hati Mia Amani dan Lin.