July 20, 2011

Tiada Akhirnya (3 & 4)

BAB 3

“Assalammualaikum mama” sapa Mia Amani sebaik turun dari kereta myvi putih yang dihadiahkan oleh papanya itu.
“Waalaikummusalam ayang,” sahut datin Hayati yang sedang membelek pokok orkid yang terletak ditaman mini rumah mereka. Taman itu mempunyai set meja dan kerusi enam yang diperbuat dari batu. Ada kolam ikan dan air terjun buatan itu direka khas oleh dato’ Farouk bersama-sama datin Hayati. Terdapat beberapa ekor ikan yang diletakkan oleh datin Hayati didalam kolam itu.
“Mama da minum?” soal Mia sambil memeluk erat pinggang datin Hayati.
“Belom lagi la ayang, mama tunggu ayang la ni. Jum, mama rasa mak Yam dah sediakan tu.” Datin Hayati lantas membasuh tangannya dipaip berdekatan. Dia beriringan dengan Mia Amani melangkah memasuki rumah.
“Abang Mirul dengan abang Akmal bila nak balik sini ye ma. Dah lama ayang tak jumpa dorang. Rindu kot,” tiba-tiba Mia Amani teringat akan kedua abangnya yang berada diluar negara pada ketika ini.
Datin Hayati hanya tersenyum penuha makna apabila mendengar kata-kata anak bongsunya itu. Ada sesuatu yang diketahuinya tetapi disimpan dari pengetahuan Mia Amani.
“Mama ni, ayang tengah teringat kat abang Mirul dengan abang Akmal, mama boleh lak senyum-senyum.”
“Haa… Ni mesti ada something fishy going on here. Come on mama, tell me,” Mia Amani menghidu sesuatu yang disembunyikan oleh datin Hayati dari pengetahuan dirinya.
“Mana ada. Mama pun teringatkan Mirul dengan Akmal tu. Apa lah cerita mereka berdua ya. Dah lama betul mama tak dengar khabar mereka. Ada abang-abang ayang tu telefon ayang?” datin Hayati menyoal Mia Amani pula.
“Tak ada lah mama. Agaknya dorang dah tak ingat kat ayang lagi dah. Tah-tah abang Mirul dengan abang Akmal dah jumpa bakal menantu mama kot,” Mia Amani menyakat mamanya pula untuk melindungi kesedihan hati.
Mia Amani rapat dengan abang-abangnya. Ada sahaja perkara yang mereka rancang dan laksanakan bersama. Aktiviti utama mereka adalah menyakat datin Hayati. Apabila keempat-empat anak datin Hayati dan dato’ Farouk berkumpul, suasana rumah mewah itu akan menjadi riuah dengan suara gelak ketawa dan jerit suara Mia Amani. Walaupun mereka rapat, Mia Amani tetap menjadi mangsa usikan mereka bertiga.
“Berani lah mereka bawa pulang bakal menantu mama rambut karat pakaian macam tak cukup kain” datin Hayati berkata sambil mengesat jari-jemarinya. Senyuman terukir dibibirnya dan Mia Amani. Dia tahu anak gadisnya itu sekadar mahu mengusik dirinya.
“Mama, papa dengan abang Farid balik pukul berapa?”
“Papa cakap mereka balik lambat. Malam sikit rasanya. Kenapa ayang?”
“Sunyilah. Ayang rindu dekat abang-abang.” Luah Mia Amani. Sesunguhnya mereka sudah lama tidak bergurau senda dan bersua muka. Masing-masing mempunyai urusan sendiri sehingga menyebabkan kekangan masa untuk bertemu dan bergurau senda.
“Haa baru terasa rindu. Masa abang-abang ada, asyik nak bergaduh je”
“Mana ada gaduh lah mama, anak-anak bujang mama tu suka sangat usik ayang tau. Penat ayang nak tangkas kata-kata mereka.”Mia Amani membela diri.
“Yela-yela. Anak gadis mama ni kan manja, mana tak kena usik dengan anak-anak bujang mama tu.”
Kenangan ketika Mia Amani, Farikh Amirul, Farid Amar dan Farhan Akmal maish kecil. Farikh Amirul sebagai abang yang sulung selalu melindungi Mia Amani ketika disakat oleh Farid dan Akmal. Oleh kerana itu Mia Amani lebih rapat dengan Farikh Amar. Namun sejak mereka meningkat dewasa, Farid dan Akmal tidak lagi menyakat Mia Amani. Mereka mejaga Mia Amani dari dibuli orang lain dan dari dipermainkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Pernah sekali Mia Amani berpasangan dengan seorang lelaki tetapi dalam masa yang sama, lelaki tersebut mempunyai teman wanita lain. Farid dan Akmal yang menyedari akan hal tersebut telah bersemuka dengan lelaki tersebut dan memberi amaran kepadanya jangan sesekali cuba untuk mempermainkan hati dan perasaan satu-satunya adik perempuan mereka. Sementara Farikh Amirul menenangkan dan menerangkan apa yang terjadi. Sejak itu, sesiapa sahaja yang ingin berkawan rapt dengan Mia Amani, lebih-lebih lagi lelaki, haruslah menjalani ‘pemeriksaan’ oleh abang-abangnya itu.







BAB 4

“Asalammualaikum!” serentak suara memberi salam kedengaran dari luar. Ketika itu Mia Amani dan datin Hayati sedang duduk bersantai menonton television selepas makan malam. Mia Amani seakan kenal akan suara-suara yang memberi salam kesejahteraan itu. Tanpa membuang masa, Mia Amani bergegas ke pintu utama bangle itu untuk melihat sendiri tetamu yang datang.
“Abang Mirul! Abang Akmal!” kedengaran suara Mia Amani menjerit kegirangan apabila melihat kedua-dua abangnya itu. dia lantas memeluk erat abang-abangnya itu.
Dato’ Farouk, Farid Amar dan datin Hayati hanya mampu memandang dan tersenyum melihat telatah satu-satunya puteri mereka itu.
“Kalau ye pun gembira sangat jumpa abang Mirul dengan Akmal, jangan lah lupakan abang dengan papa ni. Nampaknya kita dilupakanlah papa.” Farid Amar sengaja bersuara untuk menarik perhatian adik bongsunya itu.
Mia Amani hanya tersengih-sengih mendengar teguran Farid Amar. Sesungguhnya dia amat merindui kedeua-dua abangnya itu.
“Alalalala, abang Farid dengan papa jangan la jelouse, ayang rindu sangat-sangat tau dengan abang Mirul and abang Akmal. Dah la dorang ni tak reti-reti dah nak telefon kita kat sini. Sampai hati abang buat ayang macam ni tau” rajuk Mia Amani dengan abang-abangnya.
“My dear sister Mia Amani binti Farouk, bukannya abang dengan abang Akmal tak nak call ayang, tapi abang busy dengan kerja la sayang. Jangan merajok ea” pujuk Farikh Amirul. Ketika itu mereka sekeluarga sedang duduk diruang tamu.
“Betul tu dear, abang tengah final exam. Macam mana nak call ayang. Lagipun kan…” kata-kata Farhan Akmal dipintas oleh dato’ Farouk.
“Saja je papa nak bagi ayang surprise. Papa yang tak bagi Mirul dengan Akmal call ayang” Dia tidak mahu Mia Amani menyalahkan abang-abangnya itu.
Malam itu dihabiskan dengan berbual-bual dengan abang-abangnya itu. Walaupun Mia Amani menjadi bahan usikan mereka, tetapi ingatan terhadap Mia tetap tidak dilupakan. Banyak buah tangan yang dibeli oleh mereka untuk Mia Amani. Lewat malam baru masing-masing melangkah menuju ke bilik masing-masing.
Mia Amani tidak berpuas hati apabila dia merasakan bahawa Farhan Akmal seperti merahsiah sesuatu dari pengetahuannya. Dia berazam untuk mencungkil apakah perkara yang tidak diberitahu oleh abangnya

No comments:

Post a Comment