July 23, 2011

Tiada Akhirnya 5

Bab 5

“Mia!” Mia Amani sedang berjalan menuju kearah perpustakaan takala mendengar namanya dia panggil. Kelihatan Lukman teman rapat Akmal Hakimi menuju kearahnya sambil melambaikan tangan. Mia Amani menghadiahkan senyuman kepada Lukman. Mia Amani memang seorang yang permurah dengan senyuman.
“ Ada apa Lukman?” Mia Amani berasa pelik kerana Lukman jarang-jarang bertegur sapa dengannya.
“Ni ada orang bagi kat kau” kotak berbalut cantik itu diserahkan ke tangan Mia Amani. Mira dan Harith yang berada di sisi Mia Amani berpandangan sesame sendiri. Bertanya siapakah gerangan yang member hadiah itu.
“Siapa bagi?” otaknya bekerja dengan lebih laju untuk memproses siapa yang memberi hadiah tersebut.
“Secret admirer kau.”Lukman berlalu sebaik berkata begitu. Mia Amani kelu tidak berkata apa-apa.
“Mia, siapa bagi?”rasa ingin tahu Mira membuatkan dia mengambil hadiah dari tangan Mia Amani lantas menggoncangkan kotak tersebut.
“Hey, tu kan hadiah Mia, yang ko ambil tu kenapa?” Harith mengembalikan kotak itu kepada Mia.
“Tak pe Rith. Aku tak kisah pun. Aku pun tertanya gak siapa pulak secret admirer aku ni.”
“Bukalah hadiah tu kalau nak tahu.” Sampuk Mira dengan bersemangat.
“Nantilah, aku buka kat dalam. Jum masuk, kang tak pasal-pasal marah pula si Lin dengan Daus tu.” Mereka melangkah masuk kedalam perpustakaan dan mencari Lin dan Firdaus.
“Untuk aku ke?” cepat sahaja tangan Firaus menyambar kotak yang berbalut indah itu.
“Hey untuk aku la.”Lin merampas kotak itu dari tangan Firdaus. Mia yang menyaksikan keadaan itu hanya tersenyum.
“Aku!”Firdaus masih tidak mahu mengalah.
“Aku! Hadiah ni untuk aku kan Mia kan.”
“Aku lah!”
“Dah dah. Korang jangan perasan. Tu hadiah Mia, dari secret admirer.” Harith menghentikan perbalahan mereka. Selalunya Harith lah yang akan mendamaikan keadaan. Lin dan Firdaus sering menghangatkan keadaan. Pantang berjumpa, ada saja perkara yang akan mereka bangkitkan.
“Weyh, ni library lah. Slow lah sikit.” Tegur Mira. Pelajar-pelajar yang lain sudah memandang kearah meja mereka dengan pandangan tidak senang. Lin, Firdaus, Harith dan Mia hanya melemparkan senyuman maaf dan malu.
“Hehe ok ok. Mia, buka lah hadiah tu. Kitorang nak tahu juga what’s in that.” Gesa Lin. Tangan Mia Amani pantas mengoyak pembalut hadiah tersebut.
“Mia, cantiknya snow glob ni.”
Snow glob yang mempunyai sepasang beruang yang diperbat dari porselin mengapit sekeping hati berwarna merah yang terukir ‘Be mine’ itu menjadi tumpuan lima sekawan itu. Mia menbelek snow glob pemberian pengirim misteri itu.
“Bestnya ada secret admirer.” Mira membayangkan dirinya menerima hadiah seperti Mia itu.
“Laa abang Daus kan ada, buat apa nak secret admirer lagi”. Semua yang ada disitu tersengih mendengar kata-kata tersebut.
“Daus bukannya secret admirer lagi dah, tapi terang lagi bersuluhnya mirer.” Spontan itu tangannya dipukul perlahan oleh Firdaus. Mereka yang lain hanya ketawa mendengarkan kata-kata Mira yang spontan itu.
“Kalau begitu katamu, akan aku undurkan diriku dari menkadi terang lagi bersuluh mirermu” Firdaus mencebikkan bibirnya setelah meluahkan kata-kata tersebut.
“Ala Daus, jangan la camni. I gurau jela. Jangan lah merajuk, tak hensome lah macam ni.” Mira yang serba salah terlepas kata memujuk. Lin, Mia dan Harith hanya tersengih mendengar itu.
 “Oh kalau I merajuk tak hensome ea?” Mereka yang lain hanya menyaksikan sepasang kekasih yang sedang dalam sesi pujuk memujuk itu.
“Tak langsung”
“Ok, I tak jadi lah nak merajuk camni” Firdaus kembali tersengih menunjukkan gigi nya yang putih tidak merokok itu.
Lin, Mia dan Harith tertawa menyaksikan gelagat Mira dan Firdaus itu.
“Weh geng, aku rasakan baik kita beralih tempat lain, orang dah pandang kita cam nak makan je ni. Takut lak aku.” Harith yang menyedari pelajar- pelajar lain yang memerhatikan mereka yang sedari tadi bising.
“Hehe sorry ya guys,” Lin yang sememangnya selumber itu berkata sambil mengemas barang-barang mereka.
“Mia, nanti dah tau siapa secret admirer tu, jangan lupa bagitahu aku tau.” Sempat Mira berkata sebelum mereka melangkah keluar dari perpustakaan itu.
“Laa aku ingt kau dah lupa pasal secret admirer Mia tadi.” Lin menyakat Mira.
“Aku kan dalam hal-hal ni mana lupa.”
“Yela kau tu kan wartawan terhangat antara kita berlima ni.”Harith berjalan lebih laju dari mereka kerana takut jari halus Mira akan mendarat di lengannya itu. Mira hanya mampu menahan geram takala Harith mengenakan dirinya.

No comments:

Post a Comment