April 15, 2013

Tiada Akhirnya


“Mia Amani!” Mia mencari-cari siapakah gerangan yang memanggil namanya. Kelihatan Lukman sedang menuju ke arah Mia sambil tersenyum.
“Ada apa Man?”Walaupun mereka satu kelas, tetapi mereka jarang bertegur sapa. Ini menimbulkan perasaan hairan dibenak Mia Amani.
“Mia pun join hiking ni?”
“A’ah lah. Kalau aku tak join tak la aku kat sini malam ni. Memang habit tanya soalan pelik-pelik ke?” sakat Mia Amani. Lukman yang terkena hanya menayangkan giginya sambil mengosok-gosok belakang kepalanya tanda malu.
“Mana lah tahu kau sapu-sapu sampah kat dewan ni.” Sememangnya Mia Amani seorang yang senang didekati. Mia Amani hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Lukman itu.
“Aku tak de pegang penyapu pun kan. Eh, ada apa kau panggil aku tadi?”
“Ada orang kirim warkah tidak berstem ni kat kau. Ingat nak bagi masa last paper hari tu, tapi tak sempat pula nak kejar kau. Tup-tup ilang je kau dari pandangan. Kau ada belajar magik ke?” Lukman menyerahkan sepucuk surat yang seperti kata Lukman, tidak berstem kepada Mia Amani.
“Man, aku nak tanya sikit boleh tak?” sambil membelek surat tidak berstem itu Mia menyuarakan persoalan yang menghantui dirinya.
“Nampak gaya bukan macam sikit, tapi macam banyak je ni. Kalau aku kenakan bayaran ni, kenyang aku makan malam ni.” Mereka menapak kea rah bangku kayu diluar dewan tersebut. Majlis taklimat hanya akan bermula pada pukul 8.30 minit malam. Jam baru menunjukkan pukul 8 malam.
“Kau ni, kuat menyakat juga ye. Kalau setiap bayaran kau tu, aku bayar dengan cubitan mahu tak?”
“Jangan lah dengan cubitan, kalau ciuman tu ok la gak.”
“Ish kau ni, boleh ke tidak aku tanya ni?
“Tanya lah, asalkan kau tak tanya nanti aku kahwin dengan siapa sudah lah.” Mia Amani tergelak mendengar kata-kata spontan Lukman itu.
“Man, selama ni, kau yang jadi posman tak bergaji secret admirer aku kan. Mesti kau tahukan siapa secret admirer ni.” Persoalan yang berbuku itu terluah akhirnya.
“Hye siapa kata tak bergaji, dapat tau. Aku dapat makan free tahu.”
“Yelah-yela, bergajilah. Tapi siapa dia Man? Mesti kau rapat dengan dia kan sampai dia boleh belanja kau makan.” serkap Mia Amani.
“Hurmm kau tahu tak soalan kau ni susah dia tahap kelapan power action kamen tu tau.” Watak dalam kartun Shin Chan yang menjadi kegemaran Lukman terkeluar.
“Action kamen? Kau ni macam budak-budak lah.”
“Biar lah. Mummy aku pun tak cakap apa-apa bila aku layan Shin chan tau. Lagi pun dia comel what.”
“Man, you changing the topic now. Who is he Man?”
“Dia? hurmm dia manusia lah.” Tanpa sedar jari Mia Amani pantas mencubit lengan Lukman. Lukman mengadu kesakitan. Mia Amani tersedar jarinya bertidak tanpa akalnya sempat melarang.
“Sorry Man. Dah terbiasa.” Muka bersalah Mia Amani sangat comel.
‘Kau memang comel Mia.’ Detik hati Lukman.
“Tak de apa lah. Aku dah biasa kena ketam-ketam ni. Kakak- kakak aku rajin cubit aku bila kena sakat dengan aku.” Tapak tangannya mengosok-gosok bekas cubitan Mia Amani.
‘Berbisa juga si Mia ni cubit orang. Mau lebam lengan aku ni.’
“Salah kau juga. Siapa suruh main-main, aku tanya betul-betul ni.”
“Akan tiba masanya untuk kau tau juga siapa orang nya Mia. Just be patient my dear.” Lukman bangun meminta diri dari Mia apabila Akmal Hakimi memanggilnya.

…..

“Amboi, kemain rancak lagi kau borak dengaan Mia.” Akmal Hakimi memerhati Lukman dan Mia Amani sedari tadi lagi.
“Ish, kau bau tak apa yang aku bau ni?” soal Lukman. Lain yang di cakap Akmal Hakimi, lain yang Lukman respon.
“Bau apa pulak ni? Kau jangan tukar tajuk ye. Kang aku sekeh kepala tu baru tahu.” Marah Akmal Hakimi.
“Aku bau ada orang cemburu lah.” Serentak dengan itu tawa Lukman meletus. Dia saja mengenakan Akmal Hakimi. Dengan pantas, kepala Lukman di ketuk Akmal Hakimi.
“Woi aku cakap kepala jangan main lah.” Mati terus tawa Lukman saat tangan Akmal Hakimi mendarat di kepalanya.
“Dah lah tadi awek kau cubit lengan aku. Lebam dah kot ni. Ni kau pulak ketuk kepala aku. Aku bukan anak patung lah.” Lukman menunjukkan bekas cubitan Mia Amani di lengannya.
“Alala anak daddy, sakit ye. Padan muka. Siapa suruh kenakan aku.”
“Aku tak nak tolong kau lagi baru padan muka kau.” Lukman mengugut Akmal Hakimi.
“Ok ok. Sorry la anak daddy ye.” Tangannya mengosok-gosok kepala Lukman.
“Eh, Mia join hiking ni jugak ke?”Persoalan itu tiba-tiba menerjah dirinya apabila dia melihat Mia dan Lin menuju ke dalam dewan untuk taklimat ekspidisi tersebut.
“Kalau nak ikut kata Mia tadi, yela, tak kan dia menyapu sampah kat dewan ni kot.” Lukman berkata sambil membuat aksi seorang detektif mencari jawapan kepada soalan yang agak sukar. Akmal Hakimi menunjukkan tangannya yang digengam ke arah Lukman.
“Main-main je kan jawapan kau. Dah jum masuk. Nanti kena tegur lak lambat.”
Mereka beriringan memasuki dewan dan mengambil tempat di tengah-tengah kelompok pelajar yang mengikuti program membina diri itu. Selang beberapa tempat dari tempat Akmal Hakimi dan Lukman, kelihatan Mia dan Lin sedang berbual. Harith selaku ahli jawatankuasa perwakilan pelajar fakulti mereka berada di hadapan, menghadap kumpulan pelajar yang ramai.
“Mia, Mira message tadi, dia cakap bukan ada orang masuk meminang. Tapi ayah dan mak dia nak g umrah. Dia kena balik jaga adik-adik dia.” Lin menunjukkan telefon bimbitnya kepada Mia Amani.
“Daus tak cakap pape lagi ni. Takut kang tiba-tiba dia yang kena tunang. No comment aku kalau jadi macam tu.” Ayat Mia Amani mengundang tawa Lin.
“Minta perhatian ye semua.” Seorang pelajar senior meminta perhatian semua pelajar yang berada di dalam dewan tersebut.
Taklimat progam yang bejalan selama tiga hari dua malam itu dimulakan. Tentetif program diterangkan secara ringkas dan mereka dibahagikan kedalam beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan mempunyai sorang atau dua orang ahli jawatankuasa program untuk memastikan keselamatan para peserta. Mia Amani, Lin, Lukman, Harith dan tiga orang lagi berada dalam satu kumpulan.
Hampir lewat malam baru semua peserta dibenarkan pulang ke kediaman sementara yang bertempat di asrama. Ini untuk memudahkan pegerakkan mereka pada keesokan hari untuk menuju destinasi program berlangsung.

No comments:

Post a Comment